Saturday, March 21, 2009

Hari Ini!!

"Poster Dimensi Kesenian Islam II"

"Tiket Konsert Amal MANIS V RM 6.00 Sahaja"

Anda dijemput hadir untuk memeriahkan kemuncak program Dimensi Kesenian Islam II iaitu Konsert Amal MANIS V pada hari ini (Sabtu 21 Mac 2009) tepat jam 8.00 malam di DECTAR UKM Bangi. "InsyaAllah Heboh!!"

Friday, March 20, 2009

MAJLIS PELANCARAN DKI II


Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Dimensi Kesenian Islam II telah dapat disempurnakan dengan izin daripada Yang Maha Esa. Setinggi-tinggi penghargaan untuk kalian semua yang menjayakannya secara langsung atau tidak langsung. Nantikan kemunculan Konsert Amal MANIS V!!

Thursday, March 19, 2009

DKI II LIVE @ IKIM.FM

Assalamulaikum w.b.t dan Salam Mesra Abadi


Dimaklumkan bahawa 'suara' Famili Dimensi Kesenian Islam II dan artis-artis jemputan Konsert Amal MANIS V akan berkumandang di konti radio IKIM.fm secara 'live' bersama Dj. Erwan tepat jam 10.00 malam ini (Khamis 19 Mac 2009) untuk hebahan program yang dianjurkan oleh Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad, Nasyidfm dan Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia pada hari Sabtu bersamaan 21 Mac 2009 tepat jam 8.00 malam di DECTAR UKM Bangi. Dapatkan tiket RM6 sahaja daripada Kaum Kerabat Famili DKI II, wakil exco di bilik ISIUKM atau di perkarangan DECTAR UKM Bangi sebelum bermulanya konsert ini.

"Jom dengar IKIM yea, dengarlah IKIM.fm pilihan utama!!"
Layari IKIM.fm

Tuesday, March 10, 2009

ARTIS-ARTIS KONSERT AMAL MANIS V

"Devotees"
www.devo.com.my

Sunday, March 8, 2009

MALAM PERJANJIAN KONTRAK DKI II

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Mesra Abadi.

Alhamdulillah, ssebuah program kemuncak Dimensi Kesenian Islam II (DKI II) iaitu Konsert Amal MANIS V anjuran Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad, NasyidFM dan Pusat Kebudayaan UKM akan dilangsungkan pada hari Sabtu bersamaan 21 Mac 2009. Bahang kehangatannya semakin dirasai tatkala hebahan dan arus jualan tiket Konsert Amal MANIS V (program kemuncak DKI II) bertambah pantas ekoran daripada gerak kerja yang komited daripada warga Famili DKI II dan kerjasama yang erat antara penganjur dan artis-artis (Nice, Devotees, Far-East dan Inteam) serta para penaja telah menjadi pemangkin utama kebangkitan 'MANIS' di persada UKM dan sekitar Lembah Klang dengan izin Yang Maha Esa. Kalian semua akan berpeluang berhibur sambil menderma dengan lagu-lagu baru dan kelainan yang tersendiri daripada artis-artis jemputan, penampilan istimewa daripada Firasat Inzar UKM, identiti, tema dan konsep Konsert Amal MANIS V daripada warga Famili DKI II dan ISIUKM. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada ayahanda PM Dr. Abdul Ghafar Bin Haji Don (Penasihat ISIUKM), pimpinan ISIUKM dan warga Famili DKI II, wakil-wakil artis iaitu Akhi Fairus (Inteam), Ito Lara (Far-East), Kak Tini (Devotees), Angah (NiCE) dan wakil-wakil penaja (Aman Palestin Berhad dan NasyidFM) kerana telah menjayakan Majlis Perjanjian Kontrak Bersama Artis dan Penaja pada lewat malam hari Rabu bersamaan 04 Mac 2009 dengan sebaik mungkin. Tahniah dan terima kasih buat kalian semua!!

Tuesday, February 24, 2009

PROMOSI DKI II DI NASYIDFM

Saturday, January 31, 2009

TEMA DAN KONSEP DKI II

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mesra Abadi.


Tema utama program Dimensi Kesenian Islam II (DKI II) ialah 'Keamanan Sejagat' manakala tema sampingan ialah 'Menyemai Budi Mengikat Kasih' berdasarkan perbincangan dan persetujuan antara Famili DKI II dan Aman Palestin Berhad. Kedua-dua tema ini dipilih dan dipersetujui untuk menepati senario 'Save Gaza' yang kian hangat diperkatakan bahkan ianya telah menjadi kewajipan kita semua untuk menolong saudara seagama di Palestin mengikut kemampuan seadanya. InsyaAllah, sebahagian hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Aman Palestin Berhad malahan kutipan derma akan dijalankan sepanjang program ini dilangsungkan. Manakala konsep program DKI II ialah 'Keamanan' dan 'Sambutan Maulidurrasul' yang akan diterjemahkan melalui beberapa sub-program DKI II khususnya Konsert Amal MANIS V. Semoga perjalanan program ini senantiasa dipermudahkan dan meraih keredhaanNya. Salam kejayaan!!

Thursday, January 29, 2009

PERKAMPUNGAN FAMILI DKI II

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mesra Abadi

Perkampungan Famili DKI II akan diadakan pada hari ini (Khamis 29 Januari 2009) hingga hari Ahad (01 Februari 2009) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Semua ahli kerabat Famili DKI II akan menjalankan tugasan yang telah ditetapkan semasa perkampungan ini dilangsungkan sebelum bermulanya sesi pembelajaran pada awal minggu hadapan. Perkampungan mega Famili DKI II ini bukan hanya untuk menjalankan gerak kerja yang bersifat teknikal sahaja malahan pelbagai pengisian yang dijalankan akan dapat mengakar daya kepemimpinan, kerohanian dan 'team building' dikalangan sesama ahli kerabat Famili DKI II. Situasi ini amat bertepatan dengan rukun usrah iaitu ta'aruf (perkenalan), tafahum (persefahaman) dan takaful (tolong-menolong). Tambahan pula, tema dan konsep perkampungan Famili DKI II kali ini ialah 'menyemai budi mengikat kasih' dan 'train the trainer' untuk menghasilkan matlamat dan tindakan yang jelas. Antara madah yang senantiasa menjadi rujukan untuk mentadbir sesebuah persatuan melalui daya kepemimpian yang baik ialah PDA Pemimpin Berwibawa dan PDA Mesyuarat Berkesan (Ahmad Fadzli Yusof & Amin Idris), 55 Petua Kerja Berpasukan dan 55 Petua Seronok Berkerja (Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof) dan Mengurus Kerja Berpasukan (Ahmad Fadzli Yusof). "Menyelam sambil menangkap ikan!!"

Yang menjalankan tugas,
Mohd Kushairi Bin Che Ismail
Ketua Pengarah DKI II

Wednesday, January 28, 2009

FAMILI DKI II + NASYIDFM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mesra Abadi

"Ketua Pengarah (kanan) bersama warga NasyidFM"

Pertemuan rasmi antara wakil Famili DKI II (Kushairi dan Ajwadi) dan NasyidFM (Firdaus, Yus dan Faris) pada lewat petang (Rabu 28 Januari 2009) di Kompleks PKNS Bangi telah menjalinkan kerjasama yang erat untuk bersama-sama menjayakan program Dimensi Kesenian Islam II (DKI II)yang akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 21 Mac 2009 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (DECTAR UKM). Kemucak program ini ialah Konsert Amal MANIS V (Konsert Amal Malam Inspirasi Seni Islam) yang akan membariskan artis-artis nasyid tanah air yang terkemuka iaitu Inteam, FarEast, Devotees dan Nice disamping menampilkan pengacara dan 'trainer' yang semakin meningkat naik iaitu Amin Idris. InsyaAllah, NasyidFM akan bertindak sebagai rakan media rasmi untuk menghebahkan publisiti program DKI II terutamanya Konsert Amal MANIS V. Usaha dan kolaborasi di antara persatuan mahasiwa/i dan media massa seharusnya meraih kredit yang tinggi kerana mendokong matlamat dan halatuju yang sama iaitu menyebarkan dakwah kepada masyarakat melalui program-program kebajikan dan hiburan yang berlandaskan syariat Islam. Syabas dan terima kasih daun keladi untuk warga NasyidFM (Firdaus, Yus dan Faris) dan semoga usaha ini mendapat rahmat dan redha daripada Yang Mahsa Esa.

Layari: www.nasyidfm.net

Yang menjalankan tugas,
Mohd Kushairi Bin Che Ismail
Ketua Pengarah DKI II

Sunday, January 18, 2009

SALAM MESRA ABADI

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mesra Abadi.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T dan salam selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, laman blog rasmi program Dimensi Kesenian Islam II (DKI II) telah dapat direalisasikan di alam maya untuk memudahkan kalian semua memperolehi maklumat dan paparan terkini tentang program mega ini yang dianjurkan oleh Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad, NasyidFM dan Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia. InsyaAllah, pihak kami akan sentiasa menghulurkan khabar gembira buat kalian semua tentang gerak kerja, program-program mini di ambang DKI II dan sebagainya di dalam teratak Diari Famili DKI II ini. Doakan kejayaan bersama!!

Setulus ikhlas,
Mohd Kushairi Bin Che Ismail
Ketua Pengarah
Dimensi Kesenian Islam II
Ikatan Studi Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia.