Wednesday, January 28, 2009

FAMILI DKI II + NASYIDFM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mesra Abadi

"Ketua Pengarah (kanan) bersama warga NasyidFM"

Pertemuan rasmi antara wakil Famili DKI II (Kushairi dan Ajwadi) dan NasyidFM (Firdaus, Yus dan Faris) pada lewat petang (Rabu 28 Januari 2009) di Kompleks PKNS Bangi telah menjalinkan kerjasama yang erat untuk bersama-sama menjayakan program Dimensi Kesenian Islam II (DKI II)yang akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 21 Mac 2009 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (DECTAR UKM). Kemucak program ini ialah Konsert Amal MANIS V (Konsert Amal Malam Inspirasi Seni Islam) yang akan membariskan artis-artis nasyid tanah air yang terkemuka iaitu Inteam, FarEast, Devotees dan Nice disamping menampilkan pengacara dan 'trainer' yang semakin meningkat naik iaitu Amin Idris. InsyaAllah, NasyidFM akan bertindak sebagai rakan media rasmi untuk menghebahkan publisiti program DKI II terutamanya Konsert Amal MANIS V. Usaha dan kolaborasi di antara persatuan mahasiwa/i dan media massa seharusnya meraih kredit yang tinggi kerana mendokong matlamat dan halatuju yang sama iaitu menyebarkan dakwah kepada masyarakat melalui program-program kebajikan dan hiburan yang berlandaskan syariat Islam. Syabas dan terima kasih daun keladi untuk warga NasyidFM (Firdaus, Yus dan Faris) dan semoga usaha ini mendapat rahmat dan redha daripada Yang Mahsa Esa.

Layari: www.nasyidfm.net

Yang menjalankan tugas,
Mohd Kushairi Bin Che Ismail
Ketua Pengarah DKI II

0 comments: