Thursday, January 29, 2009

PERKAMPUNGAN FAMILI DKI II

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mesra Abadi

Perkampungan Famili DKI II akan diadakan pada hari ini (Khamis 29 Januari 2009) hingga hari Ahad (01 Februari 2009) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Semua ahli kerabat Famili DKI II akan menjalankan tugasan yang telah ditetapkan semasa perkampungan ini dilangsungkan sebelum bermulanya sesi pembelajaran pada awal minggu hadapan. Perkampungan mega Famili DKI II ini bukan hanya untuk menjalankan gerak kerja yang bersifat teknikal sahaja malahan pelbagai pengisian yang dijalankan akan dapat mengakar daya kepemimpinan, kerohanian dan 'team building' dikalangan sesama ahli kerabat Famili DKI II. Situasi ini amat bertepatan dengan rukun usrah iaitu ta'aruf (perkenalan), tafahum (persefahaman) dan takaful (tolong-menolong). Tambahan pula, tema dan konsep perkampungan Famili DKI II kali ini ialah 'menyemai budi mengikat kasih' dan 'train the trainer' untuk menghasilkan matlamat dan tindakan yang jelas. Antara madah yang senantiasa menjadi rujukan untuk mentadbir sesebuah persatuan melalui daya kepemimpian yang baik ialah PDA Pemimpin Berwibawa dan PDA Mesyuarat Berkesan (Ahmad Fadzli Yusof & Amin Idris), 55 Petua Kerja Berpasukan dan 55 Petua Seronok Berkerja (Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof) dan Mengurus Kerja Berpasukan (Ahmad Fadzli Yusof). "Menyelam sambil menangkap ikan!!"

Yang menjalankan tugas,
Mohd Kushairi Bin Che Ismail
Ketua Pengarah DKI II

0 comments: